Kamu kenal Allah
TETAPI kamu tidak menunaikan hakNya
Kamu membaca Alquran
TETAPI kamu tidak laksanakan ajaran dan perintahNya
Kamu kata cinta kepada Rasulullah
TETAPI kamu tidak mengikut sunnahnya
Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu
TETAPI kamu bersekutu dengannya
Kamu kata kamu cintakan syurga
TETAPI kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
Kamu kata kamu takutkan Neraka
TETAPI kamu gadaikan diri kamu untuknya
Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang
TETAPI kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati
Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu
TETAPI kamu lupakan diri kamu sendiri
Kamu gunakan nikmat Allah
TETAPI kamu tidak bersyukur kepadaNya
Kamu timbus mayat-mayat
TETAPI kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.
