Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran
RSS

Sunday, April 12, 2009

Menuntut ilmu - terima seadanya?

Minggu ini telah masuk kali ketiga aku mengikuti kursus haji, Kursus yang diadakan setiap hari Ahad 2.30 - 5.00 ptg di Masjid Ubudiyyah di ajar oleh Ustaz Drs Safawi sangat menarik dgn penyampaian yg jelas dan tidak membosankan.
Aku dan suami sentiasa keluar awal bagi memastikan kami sempat mengerjakan solat tahiyyatul masjid dan mendapat tempat duduk yang hadapan.
Pagi tadi aku kedatangan haid, aku jadi resah kerana yang pasti aku tidak dapat masuk kedewan masjid dan mendapat tempat yang terbaik untuk menuntut ilmu, aku terus google untuk mencari hukum2 bagi wanita haid menuntut ilmu di masjid.
Banyak pendapat2 ulama' yang diberikan.. tetapi yang menyakinkan aku ialah berdasarkan sabda nabi yang melarang wanita haid masuk masjid.
Aku terus sms pada ustaz Safawi untuk meminta pendapatnya.. Aku terima jawapan dari ustaz yang wanita haid dilarang memasuki masjid tetapi diserambi masjid bolehlah...
Aku kecewa, setelah sekian lama kursus ini dijalankan, tidak kah terfikir di fikiran penganjur bahawa ramai wanita yang akan mempunyai masalah apabila mengikuti kursus ini di masjid, apakah wanita ini kelas kedua dalam aktiviti begini, adakah wanita tidak wajib menunaikan haji, tidak adakah tempat lain yang dapat disewa untuk kursus yang sebegini. Adakah ini satu lagi deskriminasi terhadap kaum wanita dlm menuntut ilmu?...
Aku kemasjid juga dan mencari tempat diserambi dikawasan pintu menuju keruang solat masjid, yang dapat melihat pengajaran ustaz, rupanya ramai yang senasib dgn ku, mereka hanya menerima ini sebagai perkara biasa.. "Nak buat macam mana....."
hatiku memberontak,..
Alah..., sebesar mana sangat pintu masjid, hanya tiga orang yg dapat melihat dgn jelas, yang lain hanya mendengar suara ustaz sahaja.... beginikah cara kita menuntut ilmu.... aku kecewa sekali...
Bagiku ibadat haji bukan sesuatu yang boleh difaham hanya dengan mendengar sahaja, kita perlu mendapat gambaran yang sejelas2nya sebelum ketanah suci supaya ibadat kita yang mungkin sekali seumur hidup ini diterima Allah.
Mungkin kerana aku awal sampai maka aku antara 3 yang duduk dibahagian hadapan, aku mula merasa lega sedikit, tetapi rasa malu pun ada kerana semua tahu sesiapa yang diluar tu sedang haid.....

Ustaz memulakan pengajarannya,
Setiap sesuatu telah ditentukan oleh Allah, kita kena memperbaiki diri kita bermula dari sekarang kerana disana nanti ita akan diuji dengan berbagai2 dugaan, kepayahan, dll. Cuba redha dengan ketentuan Allah , suburkan sifat2 yang baik dari sekarang.
Tidak semestinya orang yang kesana dengan pekej yang serba mewah akan terlepas dari dugaan...
Aku terpukul dengan kata2 ustaz, aku mula menyedari dan beristighfar kepada Allah akan ketelanjuran ku, tidak redha dengan apa diberikan. aku mula menyedari, jika Allah inginkan kefahaman pada diriku, dia akan titipkan walaupun aku tidak berada di saf hadapan...
Ya Allah, aku bersyukur engkau menyedarkan aku disaat ini, aku terus merasa bodohnye aku membuat bising akan deskriminasi wanita ini....
Aku terus berdoa, Ya Allah berikan aku kefahaman tentang ibadat haji ini supaya aku dapat mengerjakan haji menepati kualiti yang engkau kehendaki - haji yang mabrur.
Amiin.....

0 comments: