
Didunia ini untuk berurusniaga kita memerlukan matawang yang berlainan mengikut negara dimana kita berada.. sebagai contoh, jika di Malaysia,kita berurusniaga dengan Ringgit Malaysia (RM).
Tetapi bila diakhirat nanti, matawang didunia ini tidak dapat digunakan lagi... padamasa itu matawang yang digunakan ialah pahala....Pahala yang kita perolehi semasa menjalani kehidupan kita didunia.
Jika kita ingin kekayaan dan kesenangan di akhirat maka perlulah kita mengutip pahala sebanyak mungkin didunia ini untuk dibawa diakhirat. Perlu juga diingat, selain dari pahala yang akan dibawa keakhirat, dosa-dosa kita juga akan dibawa.
Sekiranye kita membawa pahala yang banyak yang dapat menebus segala dosa kita, maka dengan izin Allah, selamatlah kita dari api neraka. Bagaimana pula sekiranye dosa kita melebihi pahala?... muflislah kita dihari itu... jadi lah kita penghuni neraka...
DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?”
Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?”
Lantas Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. “Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis itu, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada hari akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya.Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain
Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain
Oleh itu berfikirlah dulu sebelum membuat sesuatu, adakah ianye menyumbangkan pahala atau dosa. Kehidupan akhirat itu kekal abadi... terlalu ngeri untuk diperkatakan tentang nerakanya...

