Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran
RSS

Tuesday, July 21, 2009

Kesan Zikir terhadap otak





























Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

Thursday, July 02, 2009

Pergi Mu satu Kehilangan



Semalam hatiku teringat-ingatkan sahabat nurul (anakku), Nabil Marwan yang sama-sama menjalani ujian ke Darul Quran tetapi nasib dia lebih cerah, dia berjaya.....
Sudah hampir 2 minggu aku diberitahu yang Nabil sakit tenat...
Aku diberitahu Nabil masih di wad dan ade kawan2 Integrasi yang pergi melawatnya...
Syukur Alhamdulillah...
Nurul menceritakan kembali kenangan sewaktu belajar bersama dengan Nabil (walaupun telah berkali2 aku mendengarnya). ternyata sekali, Nabil ini baik orangnye dan sebab itu Allah telah memilih dia untuk memasuki Darul Quran dan menjadi tahfiz.... Dan ternyata sekali Nabil ini banyak memberi impak terhadap kawan2nye termasuklah anak ku Nurul.
Pagi tadi, aku on handset dan dapat satu mesej yang membuat aku sebak, Nabil telah kembali ke rahmatullah...
Perasaan aku bercampur, sedih, rasa kehilangan... Aku hairan sendiri, aku tidak pernah bersua muka secara sedar dgn Nabil, tapi bila mendengar berita ini, airmataku menitis tanpa ku sedari... terasa satu kehilangan, Remaja tahfiz yang begitu susah untuk diperolehi dimasa ini telah kembali kerahmatullah...
Tetapi siapalah aku untuk mempersoalkan kehilangan permata ini kerana kematian ini telah ditentukan oleh Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.
Cuma kita ini perlu merelakan pemergiannya secara perlahan2 dengan iringan doa semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang Allah kasihi.
Mungkin Allah ingin mengakhiri kesakitan dan penderitaan Nabil didunia dan menggantikan sesuatu yang lebih baik "disana".
Sesuatu yang sudah pasti, Kita yang tinggal ini samada lambat atau cepat akan tetap mengikuti jejak Nabil... adakah kita telah bersedia.. Ambil lah pengajaran dari tragedi ini... janganlah biarkan ia berlalu begitu sahaja... jadikan ia sebagai satu titik permulaan untuk mengubah diri dan sentiasa bersedia untuk mengadap Tuhan yang Maha Esa pada bila-bila masa.....