Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Duniaitu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Hartaitu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikiritu ubatnya.
4. Seluruh umuritu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Wednesday, August 25, 2010
Tuesday, August 24, 2010
TAZKIRAH 14 Ramadhan
Manusia tidak dapat lari dari berbuat dosa, oleh itu kena bertaubat setiap masa kerana dosa yang kita buat akan sentiasa menghantui kita. kehidupan kita tidak akan tenang lagi....
Allah telah sediakan highway kebaikan dan kejahatan untuk kita memilih
Laluan kebaikan (4):
buat yang wajib, buat yang sunat, tinggal yang dilarang, tinggal yang makruh.
Laluan Kejahatan (2) :
Buat Kejahatan, tinggal yang diwajibkan
lebih luas peluang kita berbuat kebaikan dibandingkan dengan kejahatan, tetapi kenapa manusia masih memilih untuk membuat kejahatan..
Adakah manusia perlu mempersoalkan lagi kenapa mereka disiksa dineraka???
pilihan ditangan kita.. jangan terpedaya oleh dunia yang sementara ini...

Monday, August 23, 2010
Rindu ku pada mu Ya Rasulullah
Tak terkawal air mata mengalir membaca kisah pemergianmu Ya Rasulullah..
Aku mencintaimu melalui kabar-kabar yang ku dengar dan kubaca..
Ya Rasulullah, semuga engkau menerima ku sebagai umatmu dan harapanku agar kita dapat berjumpa diakhirat nanti...
Ya rasulullah salamualaik..

Thursday, August 12, 2010
2nd Ramadhan
Hari kedua berpuasa.. dah plan nak masak untuk berbuka, ade special request utk masak goreng berlada kentang ngan ikan bilis...
pukul 4.20pm.. dah siap-siap barang nak balik, Nurul call & nak balik rumah.. hmm...
janji nak jumpa kat KL Sentral.
Allah membantu, perjalanan tak le jem sangat.. sempat singgah kedai, beli barang, masak & semua ready b4 7pm. Syukur Alhamdulillah dapat juga menyediakan juadah berbuka untuk anak2. lepas solat maghrib, tertidor keletihan.

Wednesday, August 11, 2010
Ist day ramadhan
Syukur Alhamdulillah, TM telah mengubah waktu bekerja kepada 8.00am - 4.30pm.
Namun KL ni keluar pukul berapa pun still sesakk...
Ist day juadah berbuka - cuba buat sendiri semuanya. special utk family.
Solat Asar & masak nasi ngan lauk2 kegemaran afif, hubby & khairun.
Sempat buat puding roti ngan sos kastad.. sedap.
Afif balik terus tidor, pening, maklum le 1st day perut kosong & meninggalkan benda berasap tu...:))
Kesian khairun, hampir berbuka baru sampai rumah.. camni le kalau di KL.
Suka tengok family menghabiskan makanan waktu berbuka & dgn muka yang puas.
Miss U Nurul Nazihah
Esok nak masak ape ye?....

Tuesday, August 10, 2010
Carik-carik bulu ayam
Ya Allah... Mahasuci Engkau yang menguasai hati setiap insan.
Satu lagi perkara yang tertangguh sekian lama.. menghubung silatulrahim yang terputus sekian lama.
Betapa aku merindui suara itu.. Berkat ramadhan ini, Allah permudahkan kerja-kerja kebaikan.
Begitu banyak yang nak diceritakan, nak diluahkan , nak dileraikan.. rasanya kalau disisi telah ku peluk tubuh itu yang selalu ku rindui.
Semoga detik ini menjadi permulaan untuk satu hubungan baru yang lebih akrab tanpa ada apa2 yang terbuku.
Ya Allah tolong lah aku dalam memelihara hubungan kekeluargaan ini...
Peliharalah keluarga ku... berilah mereka ketenangan dan kelapangan, satukan lah hati-hati kami dengan rahmatmu.
Salam sayang untuk satu2nya kakak ku.

Ramadhan kembali lagi

1 ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 11/8/2010.
ANDAI INI YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ..lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat ku
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati ku
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Semoga ramadhan kali ini dapat ku manafaatkan sebaik2nya kerana mungkin ianya ramadhan terakhir bagiku....
Monday, August 09, 2010
Kembali Bersama

1st august - Khairun start transfer dari Jerantut ke Selangor.
Syukur Alhamdulillah.. harap bila berdekatan banyak perkara yang dapat dimanafaatkan.
Memikirkan kembali masa berlalu begitu cepat, khairun mula masuk asrama seawal umur 10 tahun.. on off balik rumah semasa cuti.. hopefully dengan bertukarnya keselangor, kami dapat bersama kembali dan khairun dapat menikmati kehidupan dirumah . Home is like heaven. Selamat kembali my dear..