18hb December... hari kelahiranku....
semakin singkat perjalananku menghampiriNya.
Apa perasaan ku sebenarnya... confuse samada happy atau sedih, takut.. bercampur baur.
Sebagai hamba Allah, sepatutnya semakin menghampiri pertemuan dgn pencipta semakin gembira... tetapi adakah aku patut gembira... terlalu banyak kesalahan dan dosa yang akan dibawa bersama.. kelalaian dan keingkaran yang aku perbuat selama ini...secara sedar atau sebaliknya... memikirkan itu aku semakin takut...
Aku perlukan pengampunanmu ya Allah... Berilah aku kesempatan untuk menjadi orang yang bertaqwa dan yang Engkau redhai... biarlah sisa2 hidupku ini dapat ku gunakan untuk berbakti kepadamu... janganlah Kau tinggalkan daku walau sedetik sekalipun tanpa pengawasan dan perlindungan Mu.
Ya Arhamar rahimin 3x.. berilah aku kekuatan untuk beristiqamah dalam ibadat ku, pengajian ku, ketaatan ku padamu dan masukkah aku dalam golongan yang memasuki syurga tanpa hisab.
Bukakanlah pintu2 ilmu padaku supaya aku dapat mengenaliMu dengan lebih dekat.. semoga dengan itu aku dapat mentaatimu sepertimana yang engkau kehendaki.
Permudahkanlah jalan untuk mendapat redha mu.
Peliharalah diriku keturunan ku dari gejala murtad dan kepapaan.
Semoga sempat bertemu 18hb December 2011.
Sunday, December 19, 2010
Thursday, December 02, 2010
UNGGUL BERSAMA ACUAN ALQURAN - Dr Danial Zainal Abidin

3/12/2010 - Dewan Utama Menara TM, Jln Pantai Baru, KL
Syukur Alhamdulillah, Allah telah memilih aku untuk bersama didalam program ini...
memang berat untuk mengikuti program agama ni... lebih2 lagi di Menara TM, dgn sesaknye, parking susah.. pastu mahal plak tu.
tapi Allah permudahkan bagi sesiapa yang dikehendakinya...
Alhamdulillah, parking pun mudah dan jalan pun tak jem... Ya Allah terima kasih.
Isi Ceramah:
1. Manusia perlu ada peta utk sampai kedestinasi --- peta bagi manusia didunia ini ialah Alquran. Ia menjelaskan tentang perjalanan kita, kemana destinasinya, bagaimana kesana, strategi utnuk kesana, pantang larang dan lain2. Jadi untuk sampai kedestinasi manusia bukan saja perlu ada peta tetapi perlu memahami peta tersebut.
Surah Azzariyat menjelaskan tujuan manusia didunia ini. - untuk mengabdikan diri kepada Allah. Untuk menjadikan manusia sebagai hamba kepada Allah, kena ikut perintahnya sepertimana yang diperintahkan didalam AlQuran.. Alquran sebagai acuan.
AlIsra' 9 - AlQuran ini mampu membawa manusia kepada yang "aqwam" ( yg paling benar/tepat/adil).
Formula Keunggulan dari AlQuran:
1. Ilmu (I)
- proses permulaan.. baca adalah proses utk faham - kuasai ilmu tersebut.
Muhd 19 " Ketahuilah tiada tuhan melainkan Allah.....
Ketahuilah - tahu - berilmu baru beriman kemudian beramal dengan ilmu yang ada.
2. Taqwa
- Al Hujurat 13: orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa
Abdullah Mas'ud ra mentafsirkan taqwa sebagai:
1. Taat tidak maksiat
2. ingat jangan lupa (ingat kepada Allah setiap masa)
3. Syukur tidak kufur. - terima kasih dengan Allah - jadikan budaya hidup.
Analogy Ingat jangan lupa - sentiasa ada ikatan dengan Allah - seperti layang2
Layang2 cantik menari-nari selagi talinya tidak putus. apabila tali telah putus, ia akan hilang kawalan dan tersangkut dan koyak - tidak cantik lagi.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, bila tali dengan Allah telah putus (kita lupa Allah), kita akan hilang kawalan dan kita akan terumbang ambing kesesatan.
Jadi perlu sentiasa melakukan aktiviti yang mengingatkan kita dengan Allah(berzikir)
Solat adalah zikir wajib, diantara masa zikir wajib tu kena lakukan aktiviti2 lain yang mengingatkan kita pada Allah supaya tali ikatan dengan Allah tidak terputus.
Contoh: ziikrullah, baca Quran dll.
Al-Mulk - Dan mereka ahli-ahli neraka berkata "jikalah dahulunya kami didunia kami mendengar dan berfikir, hari ini kami tidak berada disini sekarang."
Ciri-ciri Ahli Neraka:
- Tidak mendengar - tidak suka mendengar kebenaran
- Tidak berfikir - kena berfikir mengikut acuan Alquran. jangan hanya menurut saja.
Semoga dapat aku praktikkan semuanya... menjauhi ciri2 ahli neraka.
