
Kejahatan mulut yang mengeluarkan kata-kata yang dianggap berjenaka, inginkan perhatian sering dianggap remeh walaupun ianya menyakiti hati sebahagian yang lain.. Usianya yang hampir menjangkau senja menjadi lesen untuk mengeluarkan kata-kata sesuka hati sesedap mulut,
Persekitaran pun seolah-olah dapat menerima apa saja yang diperkatakan dengan alasan kebiasaan dalam kehidupannya memang begitu... hmmmm...
Ada yang berkata sifat atau kelakuan sesaorang sukar untuk diubah bila dia telah diambang senja.. Jika sesaorang itu gagal merubah dirinya menjadi "beriman dan bertaqwa" sebelum itu maka agak sukar untuk merubahnya hingga keakhir hayat.. namun kekuasaan Allah mengatasi segalanya...
Selagi akal kita berfungsi, kita tetap dipertanggungjawabkan atas setiap kata-kata dan perilaku kita.
Orang islam yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalamnya. Ini bermakna semakin bertambah umur kita semakin berkualiti kehidupan kita.. semakin hampir kita dgn Allah, semakin kurang sifat2 mazmumah kita kerana digantikan dengan sifat2 mahmudah.
Disebabkan iman dalam diri kita tak selalunya dikemuncak.. kadang2 naik, kadang2 turun maka untuk mengekalkan nya adalah satu cabaran yang hebat.
Ya Allah jauhkan aku dari menjadi orang tua yang celupar mulutnya, busuk hatinya, buruk pekertinya,
Bantulah aku dalam menghiasi diri ini dengan iman dan taqwa dan berperibadi seindah Rasulullah.