Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran
RSS

Monday, July 11, 2011

Bak Api Neraka

Terasa bagai dihina
Terasa bagai dipermainkan
Terasa bagai dibakar
Patutkah diperlakukan begini

Bukankah lelaki yang sepatutnya melindungi
Bukankah lelaki yang sepatutnya memagari
Bukankah lelaki yang sepatutnya membela

Memang sebegitu adanya
Memang lelaki akan masuk neraka disebabkan wanita
masakan tidak jika begini sifat kalian..
Dimana sifat pelindungmu
Dimana sifat pembelamu
dimana sifat pemurahmu
dimana sifat penyabarmu
dimana? dimana?

Adakah dengan mengherdik engkau akan digeruni?
adakah dengan mencaci engkau akan dihormati
adakah dengan memaki hamun engkau akan disegani?

Namun .. wahai Lelaki dengan apa yang kalian beri
Kalian masih mengharapkan kami menjadi selembut2 manusia
Masih mengharap kami menjadi sesabar2 muslimah
Masih mengharap kami memberikan semanis2 senyuman..

Bukankah lebih baik kamu mengharap semua itu dari patung bernyawa..
jika racun yang engkau taburkan selama ini masakan engkau mengharapkan madu

Hiduplah berpandukan AlQuran..
Banyak kekuatan dan kelebihan Allah kurniakan kepada kalian sebagai bekalan menjadi pemimpin... Gunakan sebaik2nya kerana ia akan dipersoalkan..


Sukar dimengertikan....
Kenapakah aku Masih Mengharap syurga sedangkan kepanasan bak api neraka terasa dimana-mana...

Tuesday, July 05, 2011

Tuntutan Belajar


Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap insan lebih2 lagi ilmu yang akan membantu kita masuk syurga dan menyelamatkan kita dari api neraka.
Ilmu ini sering diabaikan dan diketepikan tanpa kita sedari yang kita dalam keadaan berdosa kerana membiarkan diri kita dalam keadaan jahil.
Ada pula "hadis" songsang yang berpendapat lebih baik kita berada dalam keadaan tak tahu kerana kalau dah tahu , ia akan menyusahkan kita kerana kita kena buat tuntutan ilmu itu... Padahal membiarkan diri dalam keadaan tidak tahu itu juga berdosa..

Terdapat dua jenis orang jahil...
1) Orang yang jahil dan sedang berusaha untuk mendalami ilmu.. mengikuti kelas2 pengajian untuk meningkat ilmu.
Orang begini jika dia membuat dosa tanpa sedar kerana kejahilannya (belum sempat mempelajari ilmu tersebut) maka ia tidak berdosa

2) Orang yang jahil yang tidak berusaha untuk mendalami ilmu, tidak mengikuti apa2 kelas pengajian
Orang begini jika dia membuat dosa kerana kejahilannya maka ia berdosa.

Oleh itu... sentiasa lah mendalami ilmu kerana orang yang sentiasa menambahkan ilmu sentiasa berada dibawah perlindungan Allah.
Orang yang tidak mendalami ilmu dianggap Allah sebagai orang yang bongkak kerana menganggap dirinya sudah tahu segalanya dan akan menerima balasan dari Allah.

Ya Allah, golongkan aku dan ahl keluargaku serta sahabat2 ku dalam golongan yang sentiasa mencari dan mendalami ilmu dan permudahkan kami untuk memahami dan memprktikkan ilmu yang kami dapati..
Mudah2an Allah mengkabulkan permohonanku ini..