Wednesday, January 23, 2013
Cinta tanpa syarat
Suara bukan lagi menjadi medium untuk kami berbicara.
Mata bertentangan bukan lagi satu cara untuk membaca apa yang tersurat malahan bukan lagi satu keperluan buat kami.
Jelingan sisi sudah cukup untuk kami membaca adakah kami diperlukan. Maka bermulalah sesi prediction / anggapan. Masing2 dengan anggapan sendiri.
Apakah anggapan anda bila setiap kali balik kerja mereka melarikan diri kedalam bilik.
Apakah anggapan anda bila tiada senyuman dan sapaan ketika berjumpa, hanya riak muka yang penuh kebencian.Banyak lagi anggapan yang boleh dibuat dengan pertolongan syaitan tetapi itulah hakikatnya cara kami berbicara.
Kita hanya boleh mengawal dan mengubah diri sendiri..
Jika kita tidak diperlukan, tidak diendahkan, perlukah kita berbicara..
Jika senyuman manis kita tidak lagi dilihat, perlukah kita terus senyum sendirian.
Jika sapaan kita menimbulkan kebencian mereka, perlukah lagi kata-kata untuk kita berbicara malahan perlukah lagi kita berada disamping mereka ..
Jika ini yang mereka perlukan, jika ini yang mereka inginkan.. Ya..silakan walau seribu tahun lagi asalkan mereka bahagia kerana melihat anak-anak bahagia sudah mencukupi untuk seorang ibu.
Tidak perlu kata-kata yang akhirnya akan membawa kita keneraka. Namun doa dalam tahajudku semakin bertambah untuk melihat mereka bahagia didunia lebih2 lagi diakhirat.

0 comments:
Post a Comment